Sudahku letakkan cinta ini Di atas mazbah Agar kering dimamah mentari Lapuk direndam hujan Lekang dari lubuk hati Luruh bersama embun pagi Digonggong jentayu terbang tinggi.
Juga telah kupohon Kepada dewata agung Agar bangkai cinta ini Tidak dilayur lagi Pada anak-anak muda Biar bekas tinta emasnya punah Terus menjadi debu di kemarakan uggun.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg