Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

BAHASA & BUDAYA

Kerjasama penerbit S’pura, M’sia hasilkan buku Melayu

Usaha penuhi keperluan sumber bahasa Melayu bagi kanak-kanak di sini
May 29, 2023 | 05:30 AM



BAGI meneruskan usaha memenuhi keperluan sumber bahasa Melayu untuk kanak-kanak di Singapura, syarikat penerbit buku tempatan Ungu Pen menjalin kerjasama dengan pihak di Malaysia dalam menghasilkan beberapa buku cerita kanak-kanak.

Tiga tajuk buku kanak-kanak dihasilkan daripada kerjasama antara penerbit bebas tempatan Ungu Pen dan syarikat Oyez!Books dari Malaysia.

Ia adalah ‘Pokok Pisang: Kisah Todak Menyerang Singapura’, ‘Perigi: Kisah Radin Mas Ayu’, dan ‘Lepiong dan Cepiong Mencari Makan’.

Dua daripada buku tersebut ditulis oleh pengasas bersama Ungu Pen, Cik Maria Mahat, manakala satu lagi ditulis oleh seorang guru bahasa Melayu, Encik Shahril Samri.

Illustrasinya pula dihasilkan oleh Encik Hamdan Mohd Ali dari Malaysia. Beliau pelukis watak utama dalam siri animasi popular Malaysia, Usop Santorian.

Berjudul ‘Lepiong dan Cepiong Mencari Makan’, buku tulisan Encik Shahril mengisahkan sepasang adik-beradik bernama Lepiong dan Cepiong yang sedang meneroka Singapura untuk mencari makanan dan minuman menarik.

Sementara itu, buku berjudul ‘Pokok Pisang: Kisah Todak Menyerang Singapura’ tulisan Cik Maria mengisahkan sepasang adik-beradik dari Singapura yang mengunjungi rumah datuk dan nenek mereka di Malaysia.

Kanak-kanak itu dibawa ke kebun dan mereka melihat dan mengenali pokok pisang. Dari situ datuk mereka bercerita tentang kisah dahulu kala apabila todak menyerang Singapura.

Dalam buku ‘Perigi: Kisah Radin Mas Ayu’, juga ditulis Cik Maria, sepasang adik-beradik itu sekali lagi mengunjungi datuk dan nenek mereka di Malaysia.

Nenek membawa mereka ke perigi untuk membersihkan diri, dan sambil bermandi-manda, menceritakan tentang kisah Radin Mas Ayu.

Menurut Cik Maria, idea kerjasama dengan Malaysia itu diketengahkan kepada pengerusi Oyez!Books, Encik Peter Duke, beberapa tahun lalu.

“Meskipun idea tersebut tidak kami usahakan dengan serta-merta, pandemik Covid-19 membuat kededua penerbit memikirkan cara terbaik untuk bekerjasama,” katanya.

Kerjasama tersebut diadakan buat julung-julung kalinya antara dua syarikat penerbit itu, menurut Cik Maria.

“Kami cukup menghargai dan berterima kasih atas peluang ini, dan kami telah mencipta sejarah memandangkan ini merupakan kali pertama dua syarikat penerbit bekerjasama menghasilkan buku bergambar Melayu yang tidak dibantu sebarang dana luar atau agensi lain.

“Ia hanya didorong visi dan kesungguhan, dan kami meneruskan kerjasama ini kerana teruja dan suka akan idea-idea yang diketengahkan dan bakat yang terlibat bagi kededua pihak,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >