Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Kerusi Roda Bonda

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Kerusi Roda Bonda

May 08, 2016 | 05:30 AM

Hari lalu bonda
sebuah kerusi roda
berulang-alik di lorong waktu
mengusik kalbu
tidak terbelenggu masa depan
walaupun disuntik aneh dan ragu
di bawah langit keliru
selagi ada roda setia berjasa
selagi ada anak tersayangnya
taat menolak saban pagi-petang-malam
rela menerima takdir
yang meremukkan.

Kerusi roda menghamparkan kisah luka
lima tahun lalu tubuh waja bonda
dikasari angin ahmar yang menghambat
kesihatannya bagaikan tergeliat
dan keceriaannya dimusnahkan keadaan
yang tidak pula dirungutkan
Ilahi yang menentukan
semenjak lumpuh
bonda membelanja usia senjanya
pada kerusi roda.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3