kau pilih bersendiri di sudut gelap siang lari dari sepi ada rahsia kau pendam di peti hati maumu terus tersimpan konon terlindung dari terangnya mentari sedang hati itu kau tau geloranya tak bisa tenteram
lalu kau lihat perempuan itu di balik kerudung biru ada wajah sayu kali ketiga di sudut sama kau temukan dia di stesen bas di sepi petang yang kelam pandangnya jauh entah ke mana kecuali di situ cuba kau kongsi makna kesepiannya apakah sepertimu


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg