ketika dunia berlagak ranggi menitirkan kebanggaan insan pencipta peradaban gemilang kau datang tanpa diundang menebar maut di serata ruang
segala yang biasa jadi tidak biasa segala yang tidak biasa kini terbiasakan kerana kau lorong darat ruang udara sunyi kota besar kelmarinnya girang kini terkapar seolah mati


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg