Di lelaman maya ini
jejariku melungsur mencari
dengan harapan di hati
agar dapat ditemui
isi wadah ilmu bestari.

Namun yang didapati saban hari
hanyalah warkah sendu rindu
diulang berkali-kali dengan
iringan perasaan sendu pilu.

Kehampaanlah aku justeru
tahap fikir kita masih di takuk itu
Kita terlalu seronok dalam alunan lagu
dengan buaian puisi-puisi rindu.

Laporan berkaitan
PencerahanFeb 15, 2025 | 3:16 PM
Chut WuttyFeb 15, 2025 | 2:45 PM