Kekelaman hati menyelubungi tiada yang mengerti dan peduli mengatup rapi rahsia demi rahsia terkapar-kapar dalam gelora rasa

Dendam melapah luka bercambah memendam menambah beban tika terbuka kotak Pandora terhambur segala nan terbuku di dada

Sekelumit titik hitam tersisa cahaya harapan bertaut semula menebar kasih dan kebahagiaan melestari kemaafan dan ketenangan

JUNAIDAH BAHARAWI