Kala hari meredup perlahan
bayang-bayang menghilang
harapan yang dulu
membara kini padam
seperti lilin lebur ditelan malam
hanya tinggal kenangan pilu
menusuk kalbu.
Langkah terhenti di penghujung jalan
merenung langit kelam dan sunyi
mimpi-mimpi indah pun sirna
yang tinggal hanya
kesedihan tiada terperi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg