Putaran malam bagaikan tiada berganjak walaupun sedetik Bersama cahaya bintang yang seakan tiada memberi simpati Pada seorang insan yang hina dina seperti aku Gerun rasanya aku hendak memejam mata Berdendang dalam mimpi bertamu igau ngeri Aku terus menghitung saat demi saat yang hakis tanpa sepatah kata Sesalan demi sesalan menghantuiku Tangisan bagaikan sungai mengalir lesu Namun... Berjuta jari tetap menuding aku yang bersalah Walaupun kalimat taubat tiada henti diucap Hukum tetap dilaksana bagaikan kiamat yang pasti tiba Dan pasti akan hilang sebuah jiwa Dan sekali lagi masa berlalu begitu kejam Mengejutkan Muazzin bangkit dari tidur menjalankan tugas di hening subuh Jumaat Seraya mengingatkan insan bahawasanya Solat lebih baik dari tidur Dinding kukuh menjadi saksi pertemuan subuh ini Sebuah jasad yang akan terpisah sebentar lagi Terpisah batin dan zahir Bersama laungan azan terakhir
ARjunah Rindu
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg