Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Laut

Jul 31, 2017 | 05:30 AM

Bila bercakap tentang laut
kita juga bercakap
tentang pantai, ombak dan gelombang
nelayan bagai untaian kata yang indah
bagi seorang penyair
kaitannya mudah
kerana di laut ada ombak dan gelombang
dan pantai sebagai penyudah rasa
akhirnya ombak berkecai di sana
nelayan jadikan laut mencari sesuap nasi
perumpamaan yang mudah dan punya pengertian
kalau takut dipukul gelombang
jangan berumah di tepi pantai
Kita akan bercakap laut bergelora
bila ombak dan gelombang mengganas
ribut petir angin kencang dijadikan alasan paling mudah
awan hitam bagai satu tragedi
nelayan bersedih
sesuap nasi ditelan gelombang
Laut punya rahsia yang tersendiri
biarpun diteroka
masih ada yang tersembunyi
penghuninya berbagai rupa
hanya tuhan saja yang mengerti
sekarang kekata laut dijadikan alasan yang negatif
Fikirannya ke laut
Ucapannya ke laut
Bila sampai ke laut ia terapung
haluannya dibawa angin kencang

Bila bercakap tentang laut
kita harus bercakap tentang diri sendiri
kerana diri dan laut
tidak banyak bezanya

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3