Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lautan Rindu

Feb 2, 2025 | 5:30 AM
Keindahan pantai semasa fajar menyinsing di Sepanyol.
Keindahan pantai semasa fajar menyinsing di Sepanyol. - Foto REUTERS

Di pelantaranMu yang suci

hanya padaMu kurebahkan hati

bertasbih sembah dalam lautan rindu

untaian kasih bersama zikrullah

memperkuatkan istiqamah

memperteguhkan ketakwaan.

Sungguh indah kasihMu Ya Rab

rasa syukur kepadaMu

tunduk jiwaku meniti jalanMu

menyelami ke dalam firmanMu

merangkum pada jalan lurus

dalam mentafsirkan makna

cahaya kehidupan.

IMAN NOORDIN

Laporan berkaitan
Angkara LidahJan 18, 2025 | 6:52 PM
SajakMay 17, 2023 | 3:12 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg