Lentera ini cahayanya tercatu diseloka malam bermain waktu asyik dileka bayu menderu menyentuh alam ke empat penjuru idup disentuh dan dibaluti belacu meniti rasa di titisan penaku
Lentera itu mengigit rindu menikam nadi dan kalbu menghembus lalu mengisi ruang tanpa suara nan tersekat diam membisu aura menekat, menyukat pada gelap diterangi gema syahadat
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg