Di sebalik dinding maya putik-putik malam dan mimpi-mimpi bertebaran di hujung ranting malah di luar sana ada dedaun basah warna kehidupan ada yang ceria hambar dan bahagia meski angin menuai di ufuk wajah tiada suara tiada tapi hanya kata-kata di balik kaca hanya dijajah kesunyian menulis pada jendela.
Tetamu bermacam rupa beza hati dan pendapat jejari menari di lensa berbicara seperti jaring labah-labah walau di mana-mana membuat sarangnya mengungkap kekata tak kira masa.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg