Masuri S.N., penyair tanah air yang terulung adalah di antara barisan sasterawan yang mengharumkan taman sastera Melayu Singapura.

Beliau ialah penyair yang ungkapannya berseri kemanusiaan, langgamnya berinti ke-Melayuan dan kepeduliannya berteraskan kemasyarakatan.