SAJAK

Membumi

Hanya satu
Yang pasti bersemi
Tumbuh mekar berakar
Kerana ikrar jitu itu
Di jambangan penuh hiasan
Indahkah atau cuma pemanis saja?
Tidak goyah walau angin meniup
Tidak patah saat dipijak kala leka
Tetaplah di situ bersama menghiasi
Mekarmu berakar sezaman abadi

Pabila tiba
saat kelopak-kelopakmu berguguran
Di tanah tandus merekah tanpa wadah
Relakan dengan semanis senyuman
Di situ letaknya nikmat pengorbanan
Siapakah yang sudi memberi sekelumit harap?
Pabila selesai tugasan jua matlamat
Pabila layu setelah sekian lama mekar berbudi
Tetaplah menjadi 'dirimu' pilihan sejati
Layumu hanya membumi tetapi selamanya mewangi.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan