Premium
Menang kalah dalam gaya bahasa
Sep 10, 2023 | 5:30 AM
MENANG BESAR: Mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, menang besar dalam Pilihan Raya Presiden, mengalahkan dua pesaingnya. - Foto ST
Menang kalah adat pertandingan – ungkapan yang biasa digunakan mengenai sesuatu keputusan pelbagai bentuk pertandingan, peraduan, perlawanan, perlumbaan, pertaruhan, kejohanan dan peperangan – baik dalam sukan, perbahasan mahupun politik.
Dalam bab politik, kita baru melihat mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun, menang pilihan raya presiden pada 1 September, mengalahkan dua pesaingnya – mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song; dan ketua eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, kededua berusia 75 tahun.
Laporan berkaitan
Tharman lahir penghargaan, kagumi Presiden Halimah sebagai ketua negaraSep 2, 2023 | 7:05 PM
Memilih pelbagai pilihan... termasuk dalam menyemarakkan bahasa Aug 30, 2023 | 1:04 PM

