Kehidupan ibarat meniti titian pelantar ada ketika langkah menjadi sukar bak akar menjalar di mana susur galurnya berliku-liku tidak berpagar dan ada waktu pula tiada ujian mencabar tiap langkah usah bergetar kerana hidup penuh duri dan onar.

Nafas kehidupan antara panggung dan suara-suara senyap tidak dipentaskan seperti awan berarak memutih diselimuti kabus meski alam sunyi menepi hanya angin sabar bertiup tegar ke puncak hidup.