Merdeka bererti bebas asal berlandas tidak terbabas bebas landas tanggungjawab dan bertanggungjawab tanggungjawab menyoal dan menjawab bertanggungjawab soalan dan jawapan
kerana merdeka mercup bunga-bunga kematangan meluah nafsu kelepasan belenggu yang merantai santapan jasmani dan rohani dari dacing keadilan pakaian zahir batin insan kamil mukamil menzikir bebas dari dabekan kefanaan dan kemungkaran


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg