Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Mutiara Ramadan

Jun 04, 2017 | 05:30 AM

Mengenang erti lapar dan dahaga
mengajar erti hidup sebagai hamba
berjimat sebelum papa
beringat sebelum melara
beramal sebelum merana
berzakat sebelum sengsara
berfikir sebelum rezeki ditarik pula
kerana kita yang akan terseksa
betapa gusarnya kesempitan dilanda
betapa getarnya kesusahan diduga
betapa getirnya kepayahan dirasa
betapa gerunnya kemiskinan dibala
kerana kehidupan manusia diuji jua

Kita renungkan bersama
bukalah minda dan peka
eid mubarak yang mulia
menjadi insan rabbani yang setia
semoga diberikan petunjuk oleh-Nya
taufik serta hidayah
barakah dan rahmah
Insya-Allah

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3