Biar NAMA mengejar jangan NAMA dikejar Biar NAMA dijaga jangan NAMA kena jaga Takut NAMA tercemar jangan buat kerja samar-samar
Hendak menjaga NAMA perlu adil akan pendirian perlu adil pada perasaan perlu adil emosi dilayan perlu jujur mempertimbangkan Riak disemak sombong diselak jangan berteriak kalau suara tak lunak
Ramai penjaga NAMA yang lupa tentang NAMA yang disanjung tinggi melambung wahai intan payung Ada NAMA yang panjang berjela-jela kerana gelarnya amat ketara NAMA dilaung berdebar jantung sudah tuntaskah semua yang dihitung?
#AZSHARIFF
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg