Pulau Temasek Pulau Singapura
Dinamai oleh Sang Nila Utama
Raja Melayu kerajaan pertama
Berbaik dengan Maharaja India dan Cina
Pulau Singapura Kota Singapura
Dibeli oleh British East India
Gabenor Raffles bijak orangnya
Menjemput orang India dan Cina bekerjasama
Kota Singapura Pelabuhan Singapura
Termasyhur di Nusantara
Menampung kehidupan rakyat Eropah dan Asia
Berbagai bangsa, bahasa dan agama
Pelabuhan Singapura Pulau Syonan-to
Jatuhnya kuasa British di Asia Tenggara
Jajahan Jepun membawa malapetaka
Banyak mangsa hilang nyawa
Pulau Syonan-to Koloni British semula
Ramai penduduk hilang keyakinan
Bermula minda mencari kebebasan
Ikut gagasan Malaya Merdeka
Koloni Singapura Negeri Malaysia
Sarawak dan North Borneo masuk bersama
Tamatlah jajahan British di Asia Tenggara
Rakyat memilih pemerintah di pilihan raya
Negeri Malaysia Negeri Singapura
Keluar dari Malaysia termaktub merdeka
Pemerintah berbilang bangsa dan agama
Contoh kerajaan disanjung seluruh dunia
9 Ogos 2017
SYED ALI AHMAD SEMAIT