Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Ulasan Cerpen

‘Nur Nawarrah’ beri dua perspektif

Aug 27, 2023 | 05:31 AM



ROHMAN MUNASIP


‘Nur’ tidak pernah ketinggalan dalam judul setiap cerpen Mohd Ikhlas Abdullah. Ini termasuk cerpennya yang terkini, ‘Nur Nawarrah’ (Berita Minggu, 23 Julai 2023). Latar tempat yang dipilih beliau amat sesuai dengan permasalahan cerpen ini, iaitu tentang penjagaan orang tua.

Hafiez, yang bertugas di rumah tumpangan Puteri Delima amat prihatin terhadap penghuni di bawah jagaannya, termasuk Puan Ema, yang menghidap angin ahmar dan telah menjadi penghuni di situ hampir tiga tahun. Puan Ema selalu meluahkan rasa tersisih dalam hidupnya kerana dikunjungi ahli keluarganya hanya pada hujung minggu.

Hafiez ingin berjumpa keluarga Puan Ema, namun terpaksa berkorban masa kerana waktu itu ialah hari dia tidak bekerja dan perlu menghadiri kelas terapi di Akademi Kesihatan.

Hafiez juga minat membaca catatan-catatan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Kryla dalam media sosial. Banyak panduan keluarga dan tunjuk ajarnya dituruti Hafiez dan dipraktikkannya bagi menambah mutu pengurusannya di rumah tumpangan tersebut. Dia juga berharap dapat bertemu Kryla satu hari nanti.

Di sebalik cerita itu, yang sudah biasa kita dengar hari ini, pengarang cuba melihat keadaan bertambahnya orang tua yang ditempatkan di rumah tumpangan daripada dua perspektif. Pertama, daripada pandangan orang tua, seperti yang sering dirungutkan Puan Ema mengenai masalahnya yang tidak kunjung selesai. Bagi Puan Ema, menghantar ibu bapa ke rumah tumpangan menujukkan kegagalan anak menjaga orang tua sendiri. Mereka lebih sanggup membayar orang lain untuk menjaga ibu bapa mereka.

Kedua, daripada pandangan orang muda, seperti Kryla, yang berasa rumah tumpangan seperti Puteri Delima adalah satu huraian bagi masalah penjagaan orang tua dalam konteks masyarakat hari ini. Anak-anak perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan harian. Oleh itu, menghantar orang tua mereka ke situ adalah satu usaha yang baik. Ini kerana mereka inginkan ibu bapa mendapat perhatian dan layanan yang lebih terjamin daripada petugas-petugas terlatih dan bersedia menangani sebarang kecemasan.

Cerpen ‘Nur Nawarrah’ tulisan Mohd Ikhlas Abdullah diakhiri dengan happy ending apabila Hafiez dapat memenuhi kedua-dua keinginannya, iaitu bertemu keluarga Puan Ema dan pempengaruh yang diminati dengan bantuan Abang Joe, rakan setugasnya. Lebih menarik, kedua-duanya ialah orang yang sama, iaitu Nur Nawarrah, dan pembaca hanya tahu apabila selesai membaca cerpen ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >