Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Pantun Nasihat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Pantun Nasihat

Nov 25, 2018 | 05:30 AM

Pohon sebatang daunnya lebat,
Salam santun di hari jumaat;
Hamba datang bukan berdebat,
Berbalas pantun tambah bermanfaat.

Anak sotong anak rusa,
Ikan todak menyerang kota;
Hendak untung mesti usaha,
Kalau tidak tak berjaya kita.

Buah pinang di atas meja,
Di ambil budak pergi ke kota;
Hendak senang harus bekerja,
Jikalau tidak susahlah kita.

Anak benggali anak cina,
Duduk bersama di pohon sena;
Jangan sekali kita menghina,
Hidup bersama amatlah berguna.

Tumbuk lada hingga lumat,
Tanam pinang biar rapat;
Agar tiada niat jahat,
Moga tenang di hari akhirat.

MUSTAFA BACHOK

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3