Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Pedih menjadi orang tua (ii)

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Pedih menjadi orang tua (ii)

Jul 22, 2018 | 05:30 AM

Ibu pernah bersuara mengelus atma:
"Bila aku disambut usia senja
Tak rela aku mengetuk rumah sendiri
sampai tiada sesiapa pun yang menyapa
sekalipun kerusi meja
yang pernah akrab dan mesra
segala-galanya menjadi begitu asing
kerana terlupa sudah hidup keseorangan
masa cepat berlalu
dimamah anai-anai waktu
menjarakkan aku daripada anak cucu kesayangan
menjarakkan aku daripada taman senda gurauan
menjarakkan aku barangkali juga
daripada suami tercinta
semua ruang kediaman bersarang sepi berulit sunyi
terkumpul sayu terusik kalbu
usahlah dibiarkan aku jenuh begitu
bila sampai waktu tenat itu
berjanjilah anakku
kerana pengalaman sekeliling dan orang terdahulu
banyak mengajar aku
memang pedih menjadi orang tua
jika tiada siapa-siapa
puncaknya ada anggota tubuh
yang begitu setia suatu ketika
seperti sudah pandai menderhaka
menjadikan aku orang tua biasa yang luar biasa
dalam rumah yang bagaikan tiada hati
setiap detik memukul kesunyian hingga ke tebing hari
merindui usia muda yang tak akan kembali lagi
terbaring atas ranjang kosong tak bererti
ya, aku tak rela merenung bulan dan bintang
ketika menjual malam yang panjang
demi membeli ketenangan
seperti suara hiba mengemis penuh harapan
semakin ke hujung semakin tak sudah bergetaran."

PETER AUGUSTINE GOH

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3