Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Pedih Menjadi Orang Tua (III)

Dec 15, 2019 | 05:30 AM

Suamiku tersayang

kau tak sempat menjadi tua sepertiku

menemui-Nya di negeri-Nya yang satu

ketika usiamu baru empat puluh satu

tak disuntik kekecewaan berulit

keterharuan

di tengah-tengah kerimasan, kekalutan dan

kepanasan

suasana keruh yang tidak diterjangkakan

sampai tergamak

amat tergamak anak-anak

menjarakkan aku daripada cucu-cucu

kesayangan

yang tidak berdosa walaupun sekecil kuman

menjarakkan aku daripada taman senda

gurauan

mengusir meskipun untuk seketika

sebuah kerawanan.

Empat orang anak kita

dua puteri dan dua putera

kini sudah menjadi macam orang asing tak

bernama

tergamak mengucilkan aku sebagai ibu

kerana termakan hasutan isteri

dan suami masing-masing

sampai mengesahkan kebenaran

‘seorang ibu boleh menjaga banyak anaknya

tapi dalam banyak-banyak anak

tak mungkin ada yang mampu menjaga

meskipun hanya seorang ibu’

ibu yang menjual masa siang malam yang

panjang

untuk berjasa yang melata

dari subuh hingga ke senja yang bergetar

duka

dari senja hingga ke subuh yang

menggelepar luka

puncaknya aku merintih mengelus jiwa

dan membeli tenaga untuk membesarkan

mereka

daripada kecil hingga dewasa

sampai siangku tenat

dan malamku melarat penat

yang kini bukan lagi orang bergelar manusia

yang tahu erti sebuah cinta

terhadap orang tua yang berani mencerca

macam si tanggang derhaka:

“Orang tua ini entah bila hendak pergi

jauh-jauh

mengacau saja tak jenuh-jenuh.”

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >