Sejak 2024, pelajar menduduki format peperiksaan Bahasa Melayu Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Antara lain, peperiksaan itu tidak lagi mempunyai bahagian peribahasa berikutan sukatan pelajaran dan pengajaran yang dikemas kini oleh Kementerian Pendidikan (MOE).