Hujan malam pencetus ilham Setelah perut kekenyangan Penulis menikmati pula kopi Dengan pena di jari Melayan berita di TV Tentang diri yang menang sayembara lagi Berintikan juang menentang kemiskinan Apabila pintu diketuk perlahan Di luar seorang insan kelaparan Meminta sepotong roti Buat mengisi perut anak bini
Penulis itu dengan selamba Kata makanan tiada Habis semua menjamu peminat setia "Yang selalu like facebook saya" Walau mengutuk hampir segala Kecuali dirinya betul semua Maka berlalulah pembawa pahala Lenyap dalam buruk cuaca


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg