Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Penulis, Penaja dan Jam Tangan

Jan 7, 2018 | 5:30 AM
-

Jam tangan itu nilainya $151,260 Penulis yang melihat dari luar cermin kedai terus menjerit menuntut ilham menikam, menyindir, mengecam si pembeli keparat alpa kebajikan kaum miskin melarat!

Setelah siap karya mahu saja disebar marah di akhbar dan majalah agar dapat imbuhan tambahan gelaran pejuang kemanusiaan suara rakyat marhaen pujaan mungkin juga wali kesusasteraan si pembeli ialah penaja pemangkin sayembara ternama diadakan buat julung-julung kalinya dan penulis itu sendiri ialah sang juara membawa pulang $20,000 tempoh hari berserta geran biaya pengayaan seni.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg