Pemilihan ini atas ceritanya
segala berkemungkinan
pimpinan berwarna
semarak gemilang sinaran
satu ikatan dalam janji perpaduan
diarus detik perjalanan
pertukaran zaman
Tuan
laksanakan usahamu
murnikan sejernih air di lautan
dalam kata di genggaman
isikan dengan jasa berterusan
menunaikan hasrat kema
aman damai di mata dunia
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg