Laut membuat aku seperti tawanan
sekali kaki tak terpijak ombak pantai
kurasa kedalaman lautan
lebih curam dari hakikat kehidupan
cabaran membuat aku meronta
keresahan membawa aku
kembali menelusuri jalan dan liku
merentung alpa dan sendu
Angin membahang
menerpa wajah
bagai tamparan masa lalu
pengajaran seumur hidupku
bahawa masin dan tawar
dalam kehidupan
adalah suatu perjalanan
hingga kini
aku pernah
tewas


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg