Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerkongsian sastera S’pura di NLB pada 17 Ogos
Perkongsian sastera S’pura di NLB pada 17 Ogos
Sebuah sesi perkongsian anjuran Kelab Membaca Ilham Pustaka dan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) bakal diadakan pada 17 Oktober.
Bertempatan di bangunan NLB yang terletak di Victoria Street, perkongsian tersebut bakal menampilkan dua pengkaji muda iaitu Cik Liyana Nasyita Shukarman dan Encik Amirul Hakim Ibrahim.
Cik Liyana yang merupakan seorang Pengurus Program di Taman Warisan Melayu (TWM) bakal membuat pembentangan yang berjudul ‘Pembangunan Dari Sudut Pandangan Penulis Tempatan Terpilih’.
Menerusi perkongsiannya itu, Cik Liyana, yang juga telah dilantik sebagai Teman Warisan oleh Yayasan Warisan Melayu (MHF) akan menyelongkar wacana berkenaan pembangunan dan kemajuan yang pernah ditintakan oleh penulis Singapura seperti Allahyarham Suratman Markasan, Allahyarham Md Latiff Md dan Isa Kamari.
Encik Amirul yang merupakan wartawan di Berita Harian (BH) pula akan membentangkan mengenai topik ‘Cita Sastera Anak Muda Melayu Singapura’.
Beliau yang telah dilantik sebagai Sahabat Sastera oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) bakal menyingkap pemikiran belia dalam bidang sastera serta kaitannya dengan beberapa bidang berbeza seperti politik, agama dan kewartawanan.
Sesi Kelab Membaca Ilham Pustaka itu bakal diadakan dari 2.30 petang hingga 4.30 petang di Visitors Briefing Room, Aras 1, bangunan NLB.
Bagi orang ramai yang berminat untuk hadir ke acara itu, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut: https://go.gov.sg/ilpustaka