[09:42 pagi - 9 Jun 2020] Poliklinik Yishun, Singapura. (ketika menunggu anakku, Hayyan mengambil vaksin)
hutang layang-layang yang kau bakar dahulu belum dibayar lagi kau gantikan mereka dengan kepulan asap hitam terbang di langit kau biarkan mereka bermain sorok-sorok sembunyi di celah tembok rumahnya yang kau hancurkan kau beri mereka bermain masak-masak lauk jiwa berdarah dan jus air mata kau hidangkan kau biarkan mereka mencari keluarganya ibunya kau culik, ayahnya kau robek kau hadiahkan pula dengan siraman merah pada pakaiannya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg