acapkali pandangan si kecil diiring kedutan seribu tanda tanya terimbas berdekad paparan cerminan serupa gusar menyelinap segenap jiwa kerna taati kata guru setiap masa arahan teliti ditepati yang wajar perlu ditanda benar namun pada musim tertentu keliru datang menyapaku tak serupa laku didik yang lalu lambang makna kini bercelaru andai mahu jangan dibubuh tanda setuju pangkahilah
kini kala berhak keliru dulu berubah rupa keliru dulu sirna ke mana
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg