Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Pintu

Aug 25, 2024 | 5:30 AM
Pintu besi yang terkunci (gambar hiasan)
Pintu besi yang terkunci (gambar hiasan) - Foto REUTERS

Dia paling menyampah hari Selasa. Malah, hari Isnin dan Rabu juga tidak disenanginya. Tetapi memang sah, hari Selasalah yang paling membingitkannya. Semenjak dia berkelahi dengan kawan bertiga itu. Entah angin dan ribut mana yang datang membadai perhubungannya dengan mereka. Tiba-tiba mereka mengelompok dan menjauh diri darinya. Kekadang mereka hampir serupa segerombolan hyena menanti peluang mengaut mangsa. Dia juga disisih dari kerja berkumpulan bersama mereka semasa mata pelajaran Sejarah dan tidak disahabati lagi di media sosial. Apa salahnya – hanya Tuhan yang tahu.

Kerana mereka, sudah sebulan setengah dia membuat helah tidak menghadiri aktiviti kokurikulum bola sepak untuk perempuan di sekolahnya. Walaupun mereka sekelas, di padang bolalah kekuatan berkelompok mereka menyerlah menentangnya seperti sekumpulan singa betina sedang memburu.

Laporan berkaitan
Rintihan AlhambraMay 17, 2023 | 12:57 PM
Gerabak MalamJul 18, 2021 | 5:30 AM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg