Sepetang Januari 1492 Derajat warisan disiat Isabella Dihambur melata ke atas bumi bersejadah Diperkenan tinta di warkah berdarah Amir Nasrid yang ke dua puluh tiga Maka terungkailah segenggam daya Dari susuk perkasa kubu Alhambra
Bangkit terbit suara mengecam si Amir muda Sesaing suara mendesak saksama Jelas berlaga di gerbang musnah Terlebih lantang si pemaling tadah Mencela Amir pemangkin derita Anak-anak, wanita dan orang tua Hulurlah kuasa kota Granada! Leraikanlah perit kepungan lapar dahaga! Walaupun tergadai maruah Alhambra Ditumpah takhta Ferdinand-Isabella


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg