Pulau Sekijang,
kaubelailah daku dengan bayu lautmu
kaudakaplah diriku dengan pohonan rindu
kaulenakanlah tidurku dengan kenangan manisku
di tanahmu yang kupanggil Rumah
bersama alam yang kuanggap Dunia
nyanyian ombak sebagai irama Jiwa
selagi perahuku kekal berlabuh di situ
takkan kubiar engkau ditelanjangi waktu
selagi titian kayu itu kekal berdiri di sana
takkan kubiar engkau jadi suatu yang pernah.
berdekad lalu, berjalan waktu
meninggal lalu, meningkat maju
Pulau Sekijang Bendera, Pelepah tiada sudah
St John & Lazarus Island diberi nama
terkenal sebagai pulau kolera dan penjara
sedangkan ia terkandung sejarah seribu kisah
menyimpan nilai dan harga – suatu yang pernah.
Fadhli Fadzil


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg