Tidak pernah Rayaku dipermaidanikan Jalan ke bazar-bazar Ramadan Tidak pernah Rayaku diselang-selikan Tangan-tangan yang bermaaf-maafan Rayaku beragama Ia tanda kemenangan Berakhirnya Ramadan
Tidak pernah Rayaku disebatikan Dengan alunan lagu berdendangan Tidak pernah Rayaku bersalaman Untuk sampul hijau bertimbunan Rayaku beragama Ia tanda kesyukuran Menyambut keagungan Tuhan
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg