Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Bahasa & Budaya

SAJAK

Rindu

May 24, 2020 | 05:30 AM

Aku dalam kerinduan
dengan semangat menggila
dalam jiwa yang semakin membara
meskipun ternyata pada awalnya
tiada aku pedulikan akan keperluan
hanya datang untuk memenuhi ruangnya
mengikut mood yang sentiasa bergelombang
tiada menentu mengikut air pasang
memandang hanya ketika airnya surut
kini dalam kesunyian
yang terus menikam
aku terus berangan harap
walaupun hanya berdiri di depan gerbangnya
dengan hanya dalam lirikan mata memandang
ke dalam ruang yang penuh ketenangan
menikmati rasa syahdu yang mulia
dan terhibur melapangkan dada terasa kesyukuran
menantikan pembukaannya
dengan penuh debaran simpulan harapan
masanya akan tiba juga
untuk aku duduk di lantainya semula
begitu juga dengan sang perindu yang lain
untuk kami mengeratrapatkan saf

YAZID HUSSEIN

Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat