Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Rindu Beralih

Feb 18, 2024 | 6:47 PM
Pancaran suria di balik menara masjid yang menakjubkan dan membawa pelbagai perasaan dan kerinduan (gambar hiasan).
Pancaran suria di balik menara masjid yang menakjubkan dan membawa pelbagai perasaan dan kerinduan (gambar hiasan). - Foto AFP

Rindu ku terasa begitu nyata,
wujud dalam dunia fana
dalam terang siang
dalam gelap malam
matahari bersaksi
bulan bintang jadi mengerti
melayan emosi
setiap titis mengalir bukti
di sudut hati yang sunyi
rindu itu bersemayam
nyala pada hati dan rasa
tak pernah pudar

Rinduku beralih lebih mendalam
terhijab oleh gelap dalam terang
diam berkalam
kekadang bersalam
tetap kuketuk
sekalung tasbih bersaksi
tiga puluh ruas tak henti
tetap kuketuk pintu hati
apa lagi yang harus aku taati
agar sinarmu menyinari alam realiti
agar rindu terubat

Rindu ini menjadi teman setia
di setiap langkah
setiap rasa ada
terang tetap gelap
gelap belum bercahaya

Rindu mengajar
tetap berjuang
diam tidak bererti ditinggalkan
diam menyaksikan rencana

Rindu mengajar tentang kekuatan,
kekuatan yang tersimpan,
melangkah terus dalam pengembaraan
dibawa menuju penyatuan
hingga waktu itu
rindu tetap kulayan
zahir dan batin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg