PUISI pertama Rohman Munasip terbit dalam Berita Minggu pada 1975, sejak itu beliau telah melafazkankan puisinya dalam banyak acara sastera, serta di radio dan televisyen.
Di Malam Sastera Berita Harian, beliau membacakan sajak bertajuk 'Keresahan'.
Cerpennya ‘Suatu Ketika’ dan skrip drama radio ‘Titik Pertemuan’ masing-masing memenangi Anugerah Persuratan pada 2001 dan 2011.
Beliau merupakan penulis buku: Keroncong Penyair, Sebuah Madrasah dan Suatu Percakapan, Bicara Karya, Secangkir Ceritera, Balada Seorang Penyair Di Pentas Bangsanya.
Ikuti persembahan beliau di http://beritaharian.sg/gah/sastera/rohman-melahirkan-keresahan