Sajak Melayu Beralun merdu Metafora biru Puitis menyentuh kalbu Ada dendangan anak tani Ada kicauan burung kenari Ada lagu semerah padi
Sajak Melayu Tidak beku Pantas dan laju Mengejar waktu Ajarkan aku kesetiaan Hang Tuah Tunjukkan aku keberanian Hang Jebat Bukan dalang durjana Kerana Sajak Melayu tetap bertakhta Dan Melayu tidak mudah lupa


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg