Setitis air Menyalur harap Membasah rekah Menaut semula Hidup di pinggir musnah
Setitis air Membentuk jati Menghasil mimpi Menyejuk nurani Insan yang sabar menanti
Setitis air Melarut duka Menjernih dosa Menyulam takwa Dari sesal yang berbunga
Setitis air Mencatu rezeki Bumi di tebing mati Pasangan berhasrat tinggi Jiwa tak putus mencari
Setitis air Selaut Rahmah
TITI MURNI MONIR
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg