Salam fajar...
masih lagi terbungkus
roh-roh liat
tega berceratuk
di ampaian sendu
membingkai bangkai bernyawa
cura berteleku
bersantap sedulang bara
rasukan dari tari
zapin munafik
menyulangi cemuhan resa
Salam fajar...
roh-roh berpinar
masih tersandar lesu
di dahan pudar
semangat jahil masih berputar
mencongak serakah semalam
di bentala fasik
tanpa seurat benang syahadah
seronok menyeringai
menyemai dosa
seronok tersengih
membenih baka neraka