SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Salam Senja

Premium

Salam Senja

Feb 5, 2023 | 5:30 AM

Salam Senja

66c6d6e0-c274-42e2-a4af-b938a7b1b7ac
-

jujur kukata tiap kali kutatap citramu terpancar ketenangan suci tak perlu kau kata itu dan ini cukup! suara dusta dan pengkhianat bumi sudah mencemar rakus darah dan maruah yang tak berdosa menjadi gunung dan lautan tak terbela apa yang tidak kena? kata mereka ini zaman fitnah dan tipu daya soalanku, siapa yang melakukannya? "Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian." lalu kudongak ke langit beburung mengutus salam padamu mentari turut melambai sayu kau masih menanti penuh harapan dan aku terdengar laungan azan agar kembali pada-Nya.

MUHAMMAD HUSIN MASNIN

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg