Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Sandiwara hari lahir (dedikasi untuk pejuang puisirama)

Nov 1, 2020 | 5:30 AM
b897d10f-08d7-4ce1-a1b6-10454b4c7454
-

Empat Oktober di ambang hari lahir aku cuba buat rumusan (post-mortem?) sandiwara cucuk-tanam semaian bunga-bunga di taman terbantut niat kerana terlihat sebiji durian bergolek mencacak menusuk sebiji mentimun kemudian kira-kira jam tujuh malam beberapa ekor kerbau pula yang berlumpur memijak-mijak tanaman yang sedang segar yang sedang mengharum berwarna-warni sesisi taman bunga dan kebun rosak binasa anehnya kerbau berlumpur itu tertawakan aku menyatakan aku tidak tahu bercucuk tanam

Lima Oktober menyisip dalam sepi semalaman aku tidak nyenyak tidur jauh mengelamun dicuit-cuit sanubari tentang kerbau berlumpur tentang durian dan mentimun, bunga-bunga tanpa menyedari sudah lima Oktober lima Oktober - hari lahir ku dan aku terpegun kagum sekalipun timun ditusuk durian benih-benihnya tumbuh mekar bunga-bunga yang dipijak kerbau berlumpur mercup menyegar mewangi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg