Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Sandiwara hari lahir (dedikasi untuk pejuang puisirama)

Nov 01, 2020 | 05:30 AM

Empat Oktober di ambang hari lahir

aku cuba buat rumusan (post-mortem?) sandiwara

cucuk-tanam semaian bunga-bunga di taman

terbantut niat kerana terlihat sebiji durian

bergolek mencacak menusuk sebiji mentimun

kemudian kira-kira jam tujuh malam

beberapa ekor kerbau pula yang berlumpur

memijak-mijak tanaman yang sedang segar

yang sedang mengharum berwarna-warni

sesisi taman bunga dan kebun rosak binasa

anehnya kerbau berlumpur itu tertawakan aku

menyatakan aku tidak tahu bercucuk tanam

Lima Oktober menyisip dalam sepi

semalaman aku tidak nyenyak tidur

jauh mengelamun dicuit-cuit sanubari

tentang kerbau berlumpur

tentang durian dan mentimun, bunga-bunga

tanpa menyedari sudah lima Oktober

lima Oktober – hari lahir ku

dan aku terpegun kagum

sekalipun timun ditusuk durian

benih-benihnya tumbuh mekar

bunga-bunga yang dipijak kerbau berlumpur

mercup menyegar mewangi

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >