SPH Logo mobile
Langgan|

Sebiji gasing dan sebongkah congkak

Premium

Sebiji gasing dan sebongkah congkak

Mar 6, 2022 | 6:18 AM

Sebiji gasing dan sebongkah congkak

d108e4d0-7e05-413d-8d0e-37e02f94be3e
-

Sebiji gasing menjadi lambang kepintaran dari sebongkah kayu pangkal perdu dibebat tali hayat cukup kencang dilemparkan ke gelanggang hidup tali pemacu masih di tanganmu nah! Bukan urimu gasing itu ligat berputar sebenarnya kau menanti bila gasing berhenti putaran hidup tidak abadi.

Sebongkah congkak tujuh lubang misteri dari batang pohon meranti yang mati di tepi lubang besar mengumpul isi kemenangan yang tidak pernah cukup perhitungan nah! Bukan milikmu segala apa yang kau dapat bila-bila masa dirampas tangan lawanmu hidup hanya permainan nasib meraikan kemenangan kegembiraan tidak berpanjangan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg