Seorang lelaki tua di sebuah kota gagah menolak basikal di pekarangan masjid serba indah melabuhkan lelah di bangku kayu menatap langit subuh dengan redup mata berkaca tangan menadah rezeki bercucuran jatuh bertali-temali seorang jadi doktor satu lagi profesor yang ketiga peguam tersohor keempat menganggur selepas keluar dari penjara dek membela ayahnya daripada disaman anak sendiri kerana tak mampu bayar kos rawatan dan menolak teori songsang ilmuwan.
Perlahan-lahan langit mencurah cahaya terangnya kulit bumi tak bererti subur tanahnya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg