SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sebuah Kata Syahdu Bernama Mahabbah

Pengguna Berdaftar

Sebuah Kata Syahdu Bernama Mahabbah

Jan 28, 2024 | 5:30 AM

Sebuah Kata Syahdu Bernama Mahabbah

IKATAN KASIH: Jambangan bunga lambang kasih sayang (gambar hiasan).
IKATAN KASIH: Jambangan bunga lambang kasih sayang (gambar hiasan). - Foto ZAOBAO

Semuanya bermula dengan pertemuan saya dengan perempuan genit pada suatu Ahad malam bulan April sebelum isyak lapan bulan lepas. Lepas sudah tapi masih jelas dalam ingatan. Ingatan seorang anak muda berusia 35 tahun yang masih belum mendirikan masjid ketika itu, ke mana pergi tiada siapa yang melarang. Hendak makan cepat atau lambat tiada siapa dapat menyekat. Bapa sudah lama tiada entah ke mana. Disusuli ibu yang saya tahu pusaranya di mana. Menjadikan saya anak yatim (mungkin yatim piatu) yang berhati tersangat walang, lebih-lebih lagi sejak tahun sudah ekoran satu kejadian yang tidak sesekali saya relakan. Namun, saya pasrah kerana dalam kesementaraan itu, Ilahi melimpahkan mahabbah ke atas saya dan ibu. Sekali gus mengusir jauh-jauh sifat mazmumah.

Restoran makanan segera 24 jam yang bertentangan dengan sebuah stesen MRT itu penuh sesak dengan pelanggan yang mendatanginya untuk mengisi perut yang kosong atau membasahi tekak yang kering. Saya yang baru melayat seorang kenalan lama yang ditimpa nahas jalan raya tidak terkecuali di kejiranan itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg