Lazim ilmu itu di sekolah
mencari sekolah buat berilmu
namun ilmu di jalan pun sekolah
sekolah pun berjalan mencari ilmu
sahnya sekolah dan ilmu sejalan
Ilmu dicari sepanjang jalan
walau tidak di sekolah
kerana sekolah telah termaklum
jalan ilmu tidak menyandarnya
ia terdampar di mana-mana


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg